...

Jumaat, 8 Februari 2013

UsrAh sAya (Under 2O)

Ku mulai tarian taipan jari jemari mulus ku dengan memuja muji kebesaran yang Maha Pencipta , hanya  semata keiizinan Nya jua lah aku diberi ruang dan peluang untuk memenuhi blog dengan perkongsian yang tak seberapa hanya kerana Mu Ya Allah. Tidak dilupakan kepada pemberi syafaat, penghulu sekalian manusia dia yakni Muhammad Pembawa Rahmat bagi sekalian alam, segalanya kerana berkat sang sempurna ini maka islam dapat dikembangkan dan dapat terus bertahan hingga hari hisab.

tanggal 23 Feb 2013 aku ditabalkan sebagai salah seorang manusia yang yang meneruskan apa yang pernah dilakukan oleh Baginda ketika Baginda mula2 menyebarkan dakwah islam. bezanya Baginda lakukan untuk menyebarkan islam dan mentarbiyah para sahabat tapi aku hanya penerus kepada apa yang telah dirintiskan Baginda. NAQIB itulah gelaran yang aku sandang selepas habis aku melafazkan ikrar taat setia dalam perjuangan islam.

pada pertemuan pertama aku dengan adik2 usrah aku begitu teruja dan perasaan yang bercampur baur. pelbagai perkara menyerang benak pemikiran aku. adakah sambutan  pertama ini mampu untuk memikat hati adis2 usrahku atau malam itu akan menjadi malam yang pertama dan terakhir aku dengan adik2 usrah. Namun segala persepsi buruk ku disangkal oleh sikap mereka yang begitu ceria menerima aku sebagai naqib mereka.

usrah diteruskan dengan sesi pertama iaitu berkenal-kenalan antara satu sama lain. semua ahli dikhendaki memberitahu nama mereka, sekolah lama mereka, umur mereka dan banyak lagi. adik2 usrahku rata2nya berusia 18 tahun ini memudahkan aku untuk merapatkan diriku kepada mereka. kemudian usrah diteruskan dengan melantik ketua dan adik Amir Ridhwan telah dipilih sebagai ketua bagi usrah kami. seterusnya aku meminta mereka untuk memikirkan nama yang sesuai bagi usrah kami dan nama under 20 secara rasminya telah dipilih bagi mewakili nama bagi usrah kami.
akhir sekali aku berpesan pada dirikiu dan adik2 agar istiqamah dan jangan ada rasa bosan terhadap usrah.

wallahualam

Sabtu, 2 Jun 2012

aKu buKan NAQIB

salak alaik kawan-kawan semua...dah lama rasanya jari-jari halus saya tak menaip keyboard...hurrmm,,hari ni saya nak ceritakan pasal saya bukan naqib..pelik??? hairan???. Punya banyak tajuk tapi tajuk ni juga yang saya nak pilih sebagai mengisi ruang blog saya nih..


selesai cuti last sem, terus fly balik ke tempat pengajian saya di KOLEJ UNIVERSITI AL-QURAN (sangat)..then saya bukak laman web dq untuk cek keputusan periksa saya, ALHAMDULILLAH, segala puji baginya dialah yang layak memberi dan mengambil apa saja yang ada pada kita baik kejayaan atau kegagalan..result saya agak drop dan jatuh (macam mana tuh)..dua hari saya saya berubah pesonaliti dari seorang yang periang kepada seorang pendiam dan syadid..hehe..tapi saya tetap menerimanya dengan redha..mungkin bukan rezki saya nak berjaya untuk sem nih. Berbalik pada tajuk asal..nak dijadikan cerita, beberapa hari kemudian, pada suatu malam, usai saya menunaikan solat isya'("bajet")..tiba2 ada satu pengumuman yang menyatakan bahawa borang pendaftaran naqib telah pon dibuka, saya pon terus rasa nak mendaftar...tiba2 saya terdengar satu bisikan yang menyuruh saya agar buat solat istikharah dulu...so saya pun batalkan niat saya untuk mendaftar itu.


waktu tidor malam tu, saya tak dapat petanda apa2 dari Allah. so automatiknya saya batalkan terus niat saya untuk jadi naqib usrah...mungkin ada hikmahnya...tu je lee yang saya nak kongsikan dg kawan2 yang singgah ke blog ni..ok assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Sabtu, 5 Mei 2012

SeNyuM-sEnyUm...

~comel x saya senyum~

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’



 .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.


Jumaat, 13 April 2012

ALONG




        “Kau memang jahatlah long!!!” itulah antara kata-kata yang sering aku hamburkan terhadap along aku, aku rasa dia memang hidup untuk menyakat dan membuli aku. Sebentar tadi dia mengoyakkan buku cerita aku yang baru dibeli. Aku sangat bencikan Along aku!! Itulah ayat yang sering aku monologkan tiap malam. Aku sering mempersoalkan,mengapa perlu ada anak pertama yang bergelar Along ini. Bagi aku kehidupan mereka hanya untuk membuli, menyakat dan menyusahkan adik-adik mereka.

        Malam ini aku harus menyiapkan kerja rumah yang agak banyak dan rumit, aku berharap agar si bedebah along itu tak kacau aku lagi. Aku memulakan kerja aku, namun belum sampai dua minit lampu bilik aku tiba-tiba terpadam, dan aku dapat mengagak bahawa itu memang kerja si bedebah itu. “Along!! boleh tak kau jangan kacau aku sehari.” Along menjenguk mukanya dibalik bendul pintu bilikku dan menyahut semula persoalan yang aku lontarkan kepadanya, “tak boleh, sebab aku memang dilahirkan untuk kacau kau,” balas along dalam nada memerli aku. Aku menjerit memanggil ibuku dan mengadu kepadanya tentang perbuatan along itu. Ibu lantas bertempik dengan keras, “Along!!, kau mari sini,” Along dengan wajah agak kecuakan berjalan perlahan menuju ke arah ibu, PANGG!!!! Tanpa diduga tangan ibu yang selembut sutera itu selaju kilat hinggap di pipi along. Pipi Along berbekas merah, aku agak terkesima dan berasa serba salah, namun aku cuba untuk menaikkan ego dengan bermonolog perlahan, “ah, pergi mampus sama binatang itu.” Along bergerak menuju ke biliknya setelah diarahkan oleh ibu.

       Keesokan paginya, aku bersiap menuju kesekolah dan aku lihat Along  masih lagi belum bersiap, aku ingin bertanya namun kelakuan binatangnya membuatkan aku lebih rela berdiam seribu kata. “Kenapa Along tak bersiap lagi ibu?” soalku.

       “Along kau demam, terkejut agaknya sebab dilempang ibu,” balas ibu sinis. “Biar dia mati pun bagus…” ujarku separuh berbisik.

       Dalam perjalanan ke sekolah, aku teringat kata-kata arwah ayah aku yang Along aku ni memang ‘hyperactive’, namun dia boleh diharap untuk melakukan apa saja kerja yang disuruh. Hatiku tiba-tiba dirundung rasa sebak terbayangkan kejadian malam tadi, “ah, biar dia rasakan..hidup asyik nak kacau aku je,” kataku ingin memujuk hati yang sebak.
      Sebaik pulang dari sekolah, aku mencari kelibat Along, tiba-tiba, BUKKK!!! Belakangku ditumbuk oleh seseorang dan amat sakit sekali…

       “Padan muka kau sial!! Sapa suruh kau mengadu pada ibu, kau ingat aku tak nampak kau senyum-senyum waktu aku ditampar malam tadi.” Pekik along. Aku terduduk kesakitan, aku mencari ibuku namun sia-sia kerana ibuku masih lagi belum pulang dari kerja. Aku menangis kesakitan. Aku tidak menduga bahawa binatang itu menyimpan dendam atas perbuatanku malam tadi

       “Kalau kau mengadu lagi sekali, nahas kau!” bentak Along. Aku berlari masuk kedalam bilik dan menunggu kepulangan ibu. “Kau ingat aku takut dengan ugutan kau,” monologku di dalam hati. Sebaik saja ibu tiba di rumah, aku terus berlari dan mengadukan perbuatan Along terhadapku tengahari tadi. Ibuku yang kepenatan terus mencapai batang penyapu dan menjerit memanggil si binatang tu, namun tiada sebarang sahutan. Barangkali dia sudah keluar, ibu terus masuk bilik dan mandi, aku pula terus menyediakan makanan untuk ibu.

       Usai makan bersama ibu, tiba-tiba Along terpacul dimuka pintu. Ibu yang tadinya sudah ‘sejuk’ terus merah padam mukanya setelah melihat Along. Ibu menuju ke dapur dan aku tersenyum sinis kepada Along.

       Along menuju masuk kedalam biliknya tanpa menyedari perkara yang bakal berlaku terhadapnya. Tiba-tiba aku terlihat kelibat ibu dari dapur menuju masuk ke dalam bilik Along dan di tangannya ada sebatang kayu yang agak besar. Hatiku tiba-tiba berdebar…

       “Apa kau buat pada adik kau! Adik kau tu kan perempuan, kenapa kau tumbuk dia?” soal ibu. Along diam seribu kata, tiba-tiba kayu yang agak besar itu singgah di badan Along, dan kali ni aku benar-benar rasa tidak sedap hati. Along terduduk dan ibu menyesah Along dengan bertubi-tubi membuatkan aku terpaksa menarik ibu dan….

        Bukk!! Tanpa diduga pukulan ibu yang terakhir terkena pada bahagian kepala Along dan Along rebah. Pada mulanya ibu tidak mengendahkan namun aku menjerit setelah terlihat aliran darah yang keluar dari kepala Along. Aku dan ibu agak tergamam ketika itu dan baru kami teringat yang along mengidap penyakit kanser otak namun tidak begitu teruk.
        “Namun begitu, kepalanya harus dijaga dengan elok dan tidak boleh mengalami sebarang hantukan yang kuat,” Itulah kata-kata dari Doktor Aila Amila ketika Along ditahan di wad waktu dia berusia 7 tahun.

        Along!!! Aku menjerit tatkala dua bola mataku menyaksikan kejadian yang tidak disangkakan itu. Aku melihat wajah ibu biru kepucatan dek kerana peristiwa yang tidak diingini itu. Seketika kemudian aku melihat Along menggelitik menahan kesakitan dan aku semakin ketakutan…..

         “Mairah, pergi panggilkan Pak Usu kau cepat!!!”. Aku bergegas lari menuju kerumah Pak Usu, setibanya aku disana lantas aku menceritakan perkara yang berlaku dan Pak Usu mencapai kunci Volvo lamanya dan menuju ke teratak kami. Setibanya kami di rumahku jantungku bagai direnjat satu tenaga elektrik bervoltan tinggi apabila melihat Along kaku diribaan ibuku yang sedang meraung persis si anak gadis dirasuk sang saka.

          Pak Usu meletakkan dua jarinya di tengkuk Along yang sedang dilanda nazak itu. “Denyutan nadi budak ini sudah terlalu lemah, kita perlu betolak ke hospital dengan segera”, ujar Pak Usu aku.

          Perjalanan sejauh 6 kilometer menuju ke hospital dirasakan begitu jauh sekali, aku melihat tangan Along menggenggam erat tangan ibuku dan berkata dengan nada tersekat-sekat “ibu…halalkan makan minum Along…ampunkan segala dosa Along terhadap ibu..Along langsung tak berniat untuk menyusahkan ibu…Along rasa lepas ni ibu dah tak payah nak marah-marah lagi..sebab Along mungkin dah tiada lagi…”. Air mata ibu semakin melaju bak sungai mengalir. Tangan ibu dibasahi dengan darah yang mengalir keluar dari kepala along. Along menjelingkan matanya yang layu kearah aku…

        “Humairah, Along minta maaf sebab banyak menyusahkan Humairah. Sebenarnya Along tahu yang Humairah memang benci pada Along, Along pernah dengar yang Humairah gelar Along binatang, tapi….”, kata-kata Along terputus setakat itu. Aku menundukkan wajah kerana dirundung rasa bersalah yang amat sangat..

        “Tapi along sikit pun tak kesah sebab along sayangkan Humairah…Along tiada adik selain Humairah, sebab itu Along suka kacau Humairah dengan harapan gurauan Along dapat menceriakan Humairah…namun apa yang Along dapat hanyalah kebencian dari adik Along sendiri..tidak mengapalah dah memang salah Along.” Along memejamkan matanya yang layu itu. Aku terus dirundung rasa serba salah yang amat dan aku sesekali tidak menyangka bahawa Along akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Sesampainya kami di Hospital, aku segera memanggil jururawat untuk meminta bantuan. Fikiranku amat bercelaru dan serabut ditambah pula dengan keriuhan umat manusia membuatkan aku kalut seketika.

          Jasad Along yang lemah itu diusung ke wad kecemasan, aku dan ibu berpelukan. Tergambar mimik bersalah di muka ibu yang ayu itu, namun aku tidak menyalahkan ibu dalam hal ini dan ibu sememangnya tidak bersalah. Aku yang bersalah dalam hal ini, jika sekiranya mulut aku tidak gatal untuk mengadu domba nescaya perkara sebegini tidak akan terjadi. Tiba-tiba stretcher  yang mengusung jasad lemah Along menghala kearah kami dan disisi Along ialah kelibat Doktor Aila Amilah. Sekali debaran menyerang jantungku..

          “Anak puan ini perlu dibedah dengan kadar yang segera untuk mengelakkan kuman di kepalanya merebak keseluruh badannya,” beritahu doktor yang sudah separuh usia itu. Tiba-tiba tangan aku dan digenggam oleh Along, aku terkedu seketika, serentak dengan itu aku terdengar berkata dengan suara yang agak lemah “Humairah, Along harap kamu dapat jaga ibu dengan sebaiknya. Jangan kamu abaikan ibu hatta kamu dah berkahwin sekalipun, lepas ni Along dah tiada untuk menjaga ibu dan kamu.” Itulah kata-kata keramat terakhir dari Along.

           Usai Along ditolak ke bilik pembedahan, aku mencari surau untuk menunaikan solat maghrib dan solat hajat agar Along dipanjangkan umur. Sebaik sahaja aku selesai menunaikan kedua-dua solat itu, aku bertafakur sekejap sambil berdoa “Ya Allah, jika sekiranya kau memanjangkan umur Along, aku berjanji akan melayannya selayak layanan seorang adik kepada abangnya dan aku tidak akan mengadu domba lagi.” Aku bergerak menuju keruangan  menunggu, darahku berderau sebaik melihat ibuku meraung sambil memeluk Mak Su dan hatiku sekali lagi berdebar laju.

              “Humairah, Along kau dah pergi menghadap Nya, Pak Usu harap kau tabah menghadapinya.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Pak Usu. Kepalaku pitam dan aku merasakan dunia ini seperti berpusing kemudian…

                Aku seolah baru tersedar dari tidur, dan aku dapat merasakan aku berada didalam bilikku. Aku terdengar keriuahan suara dan esak tangisan manusia. Aku menjenguk ke ruang tamu dan aku terus meraung seperti manusia hilang akal apabila melihat sekujur badan yang telahpun siap dikapankan. Aku memeluk tubuh kaku Along yang selama ini menjadi insan yang paling aku benci, aku mencium dahinya yang sejuk seperti salji itu, kemudian aku ditarik oleh beberapa orang sepupuku.

                Kini hampir seminggu Along meninggalkan kami, kelakuan ibu berubah dari seorang perempuan yang peramah kepada seorang yang agak pendiam. Aku pula seolah-olah rindukan sakatan Along. Rumah kami sunyi tanpa Along dan kehidupan aku juga sunyi tanpa gurauan Along. Segala pesanan Along masih lagi berlegar-legar di ruang minda aku. “Along, jika hari ini kau masih hidup, aku akan melayan segala gurauan Along. Selamat tinggal Alongku…Al-Fatihah

Khamis, 12 April 2012

30 FAKTA MENARIK TENTANG KAUM HAWA


  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Rabu, 11 April 2012

RASULULLAH SAW DAN KUCINGNYA


gambar hiasan
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
...
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

Selasa, 10 April 2012

fakta tentang kucing

  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  •  
  • Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  •  
  • Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  •  
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  •  
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  •  
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  •  
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  •  
  • Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  •  
  • Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  •  
  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  •  
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  •  
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  •  
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  •  
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  •  
  • 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  •  
  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  •  
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  •  
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing
  •  
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  •  
  • Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari