salak alaik kawan-kawan semua...dah lama rasanya jari-jari halus saya tak menaip keyboard...hurrmm,,hari ni saya nak ceritakan pasal saya bukan naqib..pelik??? hairan???. Punya banyak tajuk tapi tajuk ni juga yang saya nak pilih sebagai mengisi ruang blog saya nih..
selesai cuti last sem, terus fly balik ke tempat pengajian saya di KOLEJ UNIVERSITI AL-QURAN (sangat)..then saya bukak laman web dq untuk cek keputusan periksa saya, ALHAMDULILLAH, segala puji baginya dialah yang layak memberi dan mengambil apa saja yang ada pada kita baik kejayaan atau kegagalan..result saya agak drop dan jatuh (macam mana tuh)..dua hari saya saya berubah pesonaliti dari seorang yang periang kepada seorang pendiam dan syadid..hehe..tapi saya tetap menerimanya dengan redha..mungkin bukan rezki saya nak berjaya untuk sem nih. Berbalik pada tajuk asal..nak dijadikan cerita, beberapa hari kemudian, pada suatu malam, usai saya menunaikan solat isya'("bajet")..tiba2 ada satu pengumuman yang menyatakan bahawa borang pendaftaran naqib telah pon dibuka, saya pon terus rasa nak mendaftar...tiba2 saya terdengar satu bisikan yang menyuruh saya agar buat solat istikharah dulu...so saya pun batalkan niat saya untuk mendaftar itu.
waktu tidor malam tu, saya tak dapat petanda apa2 dari Allah. so automatiknya saya batalkan terus niat saya untuk jadi naqib usrah...mungkin ada hikmahnya...tu je lee yang saya nak kongsikan dg kawan2 yang singgah ke blog ni..ok assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
...
Sabtu, 2 Jun 2012
Sabtu, 5 Mei 2012
SeNyuM-sEnyUm...
~comel x saya senyum~
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’
.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jumaat, 13 April 2012
ALONG
“Kau memang jahatlah long!!!” itulah
antara kata-kata yang sering aku hamburkan terhadap along aku, aku rasa dia
memang hidup untuk menyakat dan membuli aku. Sebentar tadi dia mengoyakkan buku
cerita aku yang baru dibeli. Aku sangat bencikan Along aku!! Itulah ayat yang
sering aku monologkan tiap malam. Aku sering mempersoalkan,mengapa perlu ada
anak pertama yang bergelar Along ini. Bagi aku kehidupan mereka hanya untuk
membuli, menyakat dan menyusahkan adik-adik mereka.
Malam ini aku harus menyiapkan kerja
rumah yang agak banyak dan rumit, aku berharap agar si bedebah along itu tak
kacau aku lagi. Aku memulakan kerja aku, namun belum sampai dua minit lampu
bilik aku tiba-tiba terpadam, dan aku dapat mengagak bahawa itu memang kerja si
bedebah itu. “Along!! boleh tak kau jangan kacau aku sehari.” Along menjenguk
mukanya dibalik bendul pintu bilikku dan menyahut semula persoalan yang aku
lontarkan kepadanya, “tak boleh, sebab aku memang dilahirkan untuk kacau kau,”
balas along dalam nada memerli aku. Aku menjerit memanggil ibuku dan mengadu
kepadanya tentang perbuatan along itu. Ibu lantas bertempik dengan keras,
“Along!!, kau mari sini,” Along dengan wajah agak kecuakan berjalan perlahan
menuju ke arah ibu, PANGG!!!! Tanpa diduga tangan ibu yang selembut sutera itu
selaju kilat hinggap di pipi along. Pipi Along berbekas merah, aku agak
terkesima dan berasa serba salah, namun aku cuba untuk menaikkan ego dengan
bermonolog perlahan, “ah, pergi mampus sama binatang itu.” Along bergerak
menuju ke biliknya setelah diarahkan oleh ibu.
Keesokan paginya, aku bersiap menuju
kesekolah dan aku lihat Along masih lagi
belum bersiap, aku ingin bertanya namun kelakuan binatangnya membuatkan aku
lebih rela berdiam seribu kata. “Kenapa Along tak bersiap lagi ibu?” soalku.
“Along
kau demam, terkejut agaknya sebab dilempang ibu,” balas ibu sinis. “Biar dia
mati pun bagus…” ujarku separuh berbisik.
Dalam
perjalanan ke sekolah, aku teringat kata-kata arwah ayah aku yang Along aku ni
memang ‘hyperactive’, namun dia boleh diharap untuk melakukan apa saja kerja
yang disuruh. Hatiku tiba-tiba dirundung rasa sebak terbayangkan kejadian malam
tadi, “ah, biar dia rasakan..hidup asyik nak kacau aku je,” kataku ingin
memujuk hati yang sebak.
Sebaik pulang dari sekolah, aku mencari
kelibat Along, tiba-tiba, BUKKK!!! Belakangku ditumbuk oleh seseorang dan amat
sakit sekali…
“Padan muka kau sial!! Sapa suruh kau
mengadu pada ibu, kau ingat aku tak nampak kau senyum-senyum waktu aku ditampar
malam tadi.” Pekik along. Aku terduduk kesakitan, aku mencari ibuku namun
sia-sia kerana ibuku masih lagi belum pulang dari kerja. Aku menangis
kesakitan. Aku tidak menduga bahawa binatang itu menyimpan dendam atas
perbuatanku malam tadi
“Kalau kau mengadu lagi sekali, nahas
kau!” bentak Along. Aku berlari masuk kedalam bilik dan menunggu kepulangan
ibu. “Kau ingat aku takut dengan ugutan kau,” monologku di dalam hati. Sebaik
saja ibu tiba di rumah, aku terus berlari dan mengadukan perbuatan Along
terhadapku tengahari tadi. Ibuku yang kepenatan terus mencapai batang penyapu
dan menjerit memanggil si binatang tu, namun tiada sebarang sahutan. Barangkali
dia sudah keluar, ibu terus masuk bilik dan mandi, aku pula terus menyediakan
makanan untuk ibu.
Usai makan bersama ibu, tiba-tiba Along
terpacul dimuka pintu. Ibu yang tadinya sudah ‘sejuk’ terus merah padam mukanya
setelah melihat Along. Ibu menuju ke dapur dan aku tersenyum sinis kepada Along.
Along menuju masuk kedalam biliknya
tanpa menyedari perkara yang bakal berlaku terhadapnya. Tiba-tiba aku terlihat
kelibat ibu dari dapur menuju masuk ke dalam bilik Along dan di tangannya ada
sebatang kayu yang agak besar. Hatiku tiba-tiba berdebar…
“Apa kau buat pada adik kau! Adik kau tu
kan perempuan, kenapa kau tumbuk dia?” soal ibu. Along diam seribu kata,
tiba-tiba kayu yang agak besar itu singgah di badan Along, dan kali ni aku
benar-benar rasa tidak sedap hati. Along terduduk dan ibu menyesah Along dengan
bertubi-tubi membuatkan aku terpaksa menarik ibu dan….
Bukk!! Tanpa diduga pukulan ibu yang
terakhir terkena pada bahagian kepala Along dan Along rebah. Pada mulanya ibu
tidak mengendahkan namun aku menjerit setelah terlihat aliran darah yang keluar
dari kepala Along. Aku dan ibu agak tergamam ketika itu dan baru kami teringat
yang along mengidap penyakit kanser otak namun tidak begitu teruk.
“Namun begitu, kepalanya harus dijaga
dengan elok dan tidak boleh mengalami sebarang hantukan yang kuat,” Itulah
kata-kata dari Doktor Aila Amila ketika Along ditahan di wad waktu dia berusia
7 tahun.
Along!!! Aku menjerit tatkala dua bola mataku
menyaksikan kejadian yang tidak disangkakan itu. Aku melihat wajah ibu biru
kepucatan dek kerana peristiwa yang tidak diingini itu. Seketika kemudian aku
melihat Along menggelitik menahan kesakitan dan aku semakin ketakutan…..
“Mairah, pergi panggilkan Pak Usu kau
cepat!!!”. Aku bergegas lari menuju kerumah Pak Usu, setibanya aku disana
lantas aku menceritakan perkara yang berlaku dan Pak Usu mencapai kunci Volvo
lamanya dan menuju ke teratak kami. Setibanya kami di rumahku jantungku bagai
direnjat satu tenaga elektrik bervoltan tinggi apabila melihat Along kaku
diribaan ibuku yang sedang meraung persis si anak gadis dirasuk sang saka.
Pak Usu meletakkan dua jarinya di
tengkuk Along yang sedang dilanda nazak itu. “Denyutan nadi budak ini sudah
terlalu lemah, kita perlu betolak ke hospital dengan segera”, ujar Pak Usu aku.
Perjalanan sejauh 6 kilometer menuju
ke hospital dirasakan begitu jauh sekali, aku melihat tangan Along menggenggam
erat tangan ibuku dan berkata dengan nada tersekat-sekat “ibu…halalkan makan
minum Along…ampunkan segala dosa Along terhadap ibu..Along langsung tak berniat
untuk menyusahkan ibu…Along rasa lepas ni ibu dah tak payah nak marah-marah
lagi..sebab Along mungkin dah tiada lagi…”. Air mata ibu semakin melaju bak
sungai mengalir. Tangan ibu dibasahi dengan darah yang mengalir keluar dari
kepala along. Along menjelingkan matanya yang layu kearah aku…
“Humairah, Along minta maaf sebab banyak menyusahkan
Humairah. Sebenarnya Along tahu yang Humairah memang benci pada Along, Along
pernah dengar yang Humairah gelar Along binatang, tapi….”, kata-kata Along
terputus setakat itu. Aku menundukkan wajah kerana dirundung rasa bersalah yang
amat sangat..
“Tapi along sikit pun tak kesah sebab
along sayangkan Humairah…Along tiada adik selain Humairah, sebab itu Along suka
kacau Humairah dengan harapan gurauan Along dapat menceriakan Humairah…namun
apa yang Along dapat hanyalah kebencian dari adik Along sendiri..tidak
mengapalah dah memang salah Along.” Along memejamkan matanya yang layu itu. Aku
terus dirundung rasa serba salah yang amat dan aku sesekali tidak menyangka
bahawa Along akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Sesampainya kami di
Hospital, aku segera memanggil jururawat untuk meminta bantuan. Fikiranku amat
bercelaru dan serabut ditambah pula dengan keriuhan umat manusia membuatkan aku
kalut seketika.
Jasad Along yang lemah itu diusung ke
wad kecemasan, aku dan ibu berpelukan. Tergambar mimik bersalah di muka ibu
yang ayu itu, namun aku tidak menyalahkan ibu dalam hal ini dan ibu sememangnya
tidak bersalah. Aku yang bersalah dalam hal ini, jika sekiranya mulut aku tidak
gatal untuk mengadu domba nescaya perkara sebegini tidak akan terjadi.
Tiba-tiba stretcher yang
mengusung jasad lemah Along menghala kearah kami dan disisi Along ialah kelibat
Doktor Aila Amilah. Sekali debaran menyerang jantungku..
“Anak puan ini perlu dibedah dengan
kadar yang segera untuk mengelakkan kuman di kepalanya merebak keseluruh
badannya,” beritahu doktor yang sudah separuh usia itu. Tiba-tiba tangan aku
dan digenggam oleh Along, aku terkedu seketika, serentak dengan itu aku
terdengar berkata dengan suara yang agak lemah “Humairah, Along harap kamu
dapat jaga ibu dengan sebaiknya. Jangan kamu abaikan ibu hatta kamu dah
berkahwin sekalipun, lepas ni Along dah tiada untuk menjaga ibu dan kamu.”
Itulah kata-kata keramat terakhir dari Along.
Usai Along ditolak ke bilik
pembedahan, aku mencari surau untuk menunaikan solat maghrib dan solat hajat
agar Along dipanjangkan umur. Sebaik sahaja aku selesai menunaikan kedua-dua
solat itu, aku bertafakur sekejap sambil berdoa “Ya Allah, jika sekiranya kau
memanjangkan umur Along, aku berjanji akan melayannya selayak layanan seorang
adik kepada abangnya dan aku tidak akan mengadu domba lagi.” Aku bergerak
menuju keruangan menunggu, darahku
berderau sebaik melihat ibuku meraung sambil memeluk Mak Su dan hatiku sekali
lagi berdebar laju.
“Humairah, Along kau dah pergi
menghadap Nya, Pak Usu harap kau tabah menghadapinya.” Itulah kata-kata yang
keluar dari mulut Pak Usu. Kepalaku pitam dan aku merasakan dunia ini seperti
berpusing kemudian…
Aku seolah baru tersedar dari
tidur, dan aku dapat merasakan aku berada didalam bilikku. Aku terdengar
keriuahan suara dan esak tangisan manusia. Aku menjenguk ke ruang tamu dan aku
terus meraung seperti manusia hilang akal apabila melihat sekujur badan yang
telahpun siap dikapankan. Aku memeluk tubuh kaku Along yang selama ini menjadi
insan yang paling aku benci, aku mencium dahinya yang sejuk seperti salji itu,
kemudian aku ditarik oleh beberapa orang sepupuku.
Kini hampir seminggu Along
meninggalkan kami, kelakuan ibu berubah dari seorang perempuan yang peramah
kepada seorang yang agak pendiam. Aku pula seolah-olah rindukan sakatan Along.
Rumah kami sunyi tanpa Along dan kehidupan aku juga sunyi tanpa gurauan Along.
Segala pesanan Along masih lagi berlegar-legar di ruang minda aku. “Along, jika
hari ini kau masih hidup, aku akan melayan segala gurauan Along. Selamat
tinggal Alongku…Al-Fatihah
Khamis, 12 April 2012
30 FAKTA MENARIK TENTANG KAUM HAWA
- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
- Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
- Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
- Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
- Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
- Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
- Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
- Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
- Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
- Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
- Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
- Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
- Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
- Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
- Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
- Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
- Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah airmata!!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Rabu, 11 April 2012
RASULULLAH SAW DAN KUCINGNYA
gambar hiasan
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. ...
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.
Selasa, 10 April 2012
fakta tentang kucing
- Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
- Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
- Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
- Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
- Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
- Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
- Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
- Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
- Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
- 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
- Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
- Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
- Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
- Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
- 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
- Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
- Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
- Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut
- Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
- Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari
Selasa, 3 April 2012
8 ciri wanita dambaan suami...
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
OK LAA...BYE2 KAWAN2...KALAU NAK SHARE XYAH MINTAK IZIN...
ASSALAMUALAIKUM
Jumaat, 30 Mac 2012
MuhAsaBah jOm...
KeKUasaaN ALLAH Di mUka BuMi
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN!!!
sapa kita nak menentu hidup mati makhluk,bayi ini masih hidup walaupun telah terlibat dalam tragedi yang ngeri..ibunya mati digilis keretaapi..
nah!!! apa yang membuat kau takbur dan berlagak atas muka bumi ini...sedangkan inilah kau sebelum kau digelar manusia...
'dan orang-orang yang ingkar dengan ayat kami akan kami humbankan mereka kedalam api neraka..dan setiap kali kulit mereka terbakar akan kami gantikan dengan kulit yang baru agar mereka merasakan azab yang dahsyat!!!'
SURAH AN NISA
haa....takkan sampai jadi camni...baru nak bertaubat....na'uzubillah
Isnin, 5 Mac 2012
KAULAH AYAHKU,KAULAH MURABBIKU
Aneh sungguh percaturan Ilahi dalam mengatur hidup hambanya,disaat aku dahagakan kasih seorang ibu,beliau telahpun diangkat Oleh Nya.Lalu aku meneruskan kehidupan bersama ayah yang amat aku sayangi dengan iringan doa yang selalu aku panjatkan kepada Sang Pentadbir Alam agar Dia tidak mengambil ayahku sepertimana dia telah mengambil ibuku.
Usai aku menunaikan solat subuh,aku bersiap untuk ke medan penggalian harta paling bernilai iaitu ilmu.Aku teringat akan kata nasihat Luqman nul Hakim kepada anaknya “wahai anakku,tuntutlah kamu akan ilmu,kerana dikala kau jatuh papa maka ilmulah yang menjadi harta buat dirimu dan jika kau seorang yang kaya-raya maka ilmu akan menjadi perhiasan yang indah buat dirimu”,begitulah bisikan yang terngiang di cuping telingaku.”Fathiah sudah solat subuh, sayang?” suara ayah memecah lamunanku,lirikan mataku terus meluru kepada bibir tua ayah yang sentiasa manis dengan senyuman.Aku teringat kata azimat ayahku yang berpesan agar maniskan bibir dengan senyuman agar hidup kita sentiasa disenangi semua manusia.”Fathiah baru sahaja selesai menunaikan solat, ayah”balasku sambil membalas senyuman ayahku dengan senyuman yang mesra.
Aku bergegas ke meja makan untuk menjamu sedikit sarapan sebagai bekalan tenaga untuk jasad yang serba lemah ini,”sarapan amat penting buat diri kita kerana tanpa sarapan kita mungkin kekurangan tenaga untuk melakukan sebarang kerja”,itulah antara pesanan arwah ibu sebelum ibu pergi menyambut seruan Allah.
Suasana sunyi di meja makan tiba-tiba dikejutkan oleh batukan kuat yang dihamburkan oleh ayah,membuatkan aku terkejut dan sedikit risau.Ayah sememangnya mempunyai penyakit sesak nafas sejak dilahirkan,dan masih tidak ada penawar yang serasi untuk menyembuhkan penyakit ayah.”Ayah sihat?”,aku bertanya dengan penuh kerisauan.Lalu ayah menjawab “ayah baik saja Fathiah,Fathiah janganlah risaukan kesihatan ayah ini,ayah Fathiah ni kan kuat”,ayah berseloroh.Aku tahu ayah sengaja berseloroh untuk menghilangkan kerisauan yang berputar di benak fikiranku.Namun,wajah ayah tidak mampu untuk menyembunyikan keperitan yang ditanggung dalam dirinya.
Aku membonceng motorsikal buruk yang ditunggang ayah,aku meletakkan kepala aku di belakang tubuh ayah,itulah saat yang paling aku suka ketika membonceng motor yang ditunggang ayah.Motor buruk itu berhenti tepat di hadapan pintu pagar sekolah.Aku turun dari motor tersebut lalu terus menangkap tangan kasar ayah untuk aku cium dan mengharapkan berkat dari tangan seorang ayah yang tabah.Ayah mengucup dahi dan kedua belah pipiku dan lantas terkeluar sepotong ayat dari bibir manis ayah “hari ini ayah mungkin tidak dapat menjemput Fathiah pulang dari sekolah,jadi Fathiah tumpanglah Ustazah Maisarah ya”.Aku mengangguk tanda akur dengan permintaan ayahku.Sebelum aku mengorak langkah,deria pendengaranku menangkap suara perlahan yang keluar dari mulut ayah “ayah nak berehat puas-puas”,lafaz ayah separuh berbisik.Aku menoleh kebelakang untuk mempersoalkan maksud di sebalik kata-kata yang diucapkan ayah itu,alangkahnya terkilannya hatiku kerana ayah telahpun bertolak untuk pulang kerumah.
“Bangun,assalamualaikum ustazah!”,suara Aliff mencelah di tengah keriuhan pelajar didalam kelas aku.Kami mengulangi ayat yang baru dilafazkan oleh Aliff sebentar tadi sebagai meraikan kedatangan guru kami.Ketika ustazah sibuk mencurahkan pengetahuan yang wujud dalam mindanya,aku pula sibuk memikirkan kata-kata yang diungkapkan oleh ayah aku tadi.Aku mengira inilah kali pertama aku tidak menumpukan perhatian terhadap sesi pembelajaran ini,semuanya disebabkan ayat ayah yang terakam di benak fikiranku.Selesai sahaja sesi P&P bersama Ustazah Shaflina tadi aku terus menangkup kepalaku diatas meja,hati dan jiwaku masih lagi resah dan kacau dek kerana memikirkan ayat-ayat ayahku pagi tadi.Tanpa diduga aku diselubungi rasa mengantuk yang amat sangat,mata bundarku seolah dihimpit dengan konkrit yang beribu tan beratnya.Aku tidak berdaya melawan rasa mengantuk lantas melelapkan mataku,lalu aku tertidur….
“Ibu!,ibu ke tu?”,aku menjerit kearah satu kelibat yang berada dihadapanku.Bayangan itu muncul jelas di hadapanku,dan aku memang tidak silap menduga yang kelibat itu sememangnya ibuku. Alangkahnya riangnya hatiku tatkala melihat wajah ibu yang bercahaya dan pakaian ibu yang serba putih.Aku berlari meluru kearah ibuku lalu memeluk seeratnya disebabkan rindu yang amat sangat.Aku bertanya ibu tentang keadaan ibu di ‘sana’,ibu tersenyum dan berkata” Alhamdulillah berkat anak solehah yang ibu lahirkan ini ibu amat bahagia di ‘sana’,ibu harap Fathiah teruskan sedekahkan bacaan Al Quran untuk ibu supaya ibu tidak ketandusan harta yang bernilai”.Aku mengangkat kepala aku dan alangkah tersintaknya jantungku apabila aku melihat ayah berada disisi aku sambil tangan memegang kepalaku.”Apa yang ayah buat disini?”soalku kehairanan.Ayah hanya tersenyum dan mengucup dahiku tanpa menjawab persoalanku.”Lepas ni Fathiah tinggal dengan Ustazah Maisarah ya,ayah kena ikut ibu balik dan ibu yakin Fathiah seorang insan yang kuat dan tabah.Cuma satu pesan ibu agar Fathiah janganlah tinggalkan bacaan Al Quran untuk kami berdua ye sayang..”itulah kata-kata terakhir dari ibu sebelum kedua-duanya hilang disebalik cahaya yang terang.
“Perhatian kepada Nur Fathiah Zubaidah binti Muhammad Munir,sila hadir ke pejabat dengan segera!!”,suara Ustaz Azli yang lantang dengan bantuan’ PA System’ itu menyedarkan aku dari lena yang mengundang seribu persoalan.Aku perasan puluhan pasang mata menumpu kearah diriku namun aku tidak mengendahkannya,aku bangun dan mengatur langkah untuk kepejabat dengan segera.Aku melihat Pakcik Ubaidullah tercegat dengan wajah yang agak cemas,aku yang masih lagi ‘mamai’ kerana tidur tadi terus jalan menuju kearah Pakcik Ubaidullah.”Fathiah,pakcik ada berita yang ingin disampaikan”,lantas Pakcik Ubaidullah diam tanpa meneruskan kalam bicaranya.”Apa beritanya pakcik?”,aku melontarkan soalan supaya Pakcik Ubaidullah menyambung ayatnya.”Sebenarnya kami menemui ayah kamu telahpun meninggal dalam keadaan bersujud di dalam biliknya”,sambung Pakcik Ubaidullah sambil menundukkan wajahnya.Kepalaku pitam seketika,namun aku menggagahkan diri untuk mengemas barang lalu pulang ke rumah.
Setibanya aku teratak usang itu aku terasa ingin menjerit namun aku kuatkan diri agar aku tidak melakukan perkara yang dilarang agama itu.Aku menyelak kain batik lepas yang membaluti wajah ayah dan hatiku sedikit tenang apabila melihat wajah ayah yang berseri-seri dan kelihatan sedikit tersenyum seolah-olah melihat perkara yang menggembirakan.Namun,air mata aku tetap mengalir kerana hari ini aku kehilangan tempat bergantung,aku membuka nashkah mulia iaitu Al Quran dan membacakan beberapa surah untuk disedekahkan buat ayah tersayang.Saat-saat mesra aku bersama ayah menerpa masuk satu demi satu ke dalam mindaku,siapa sangka yang pagi tadi adalah kali yang terakhir waktu aku bersama ayah kesayanganku.Dan yang amat memilukan ialah pagi tadi adalah pagi yang terakhir aku meletakkan kepala aku di belakang badan ayah.Air mata yang menitis makin deras seperti air terjun yang terus menerus mengalir tanpa ada tanda mahu berhenti.Kejadian yang menimpa jasad ku ini menyebabkan aku teringat akan mimpi yang ku alami ketika terlelap di dalam kelas tadi.
Usai majlis pengebumian ayah,aku berkemas untuk berpindah kerumah Ustazah Maisarah yang juga adik kepada arwah ibuku.Setelah selesai berkemas,aku terus mengunci pintu rumah dan terus menaiki kereta Ustazah Maisarah.Kereta Ustazah Maisarah bergerak meniggalkan rumah peninggalan ayah dan ibuku itu.Wajah manis ayah tidak akan ku lupakan sehingga tamat nafasku.”Kuntumkan senyuman dibibir mu wahai anakku,semoga kamu akan disenangi oleh manusia”.Itulah kata-kata azimat yang aku sematkan dalam diriku.Terima kasih ayah sebab sudi jaga Fathiah walaupun dalam jangka waktu yang seketika.KAULAH AYAHKU,KAULAH MURABBIKU.
Langgan:
Catatan (Atom)



