...

Jumaat, 23 Disember 2011

formula halam(HALAL+HARAM)

baru semalam menghadiri seminar yang membincangkan isu halal haram yg berlaku disekitar kita...adakah kita cakna atau kita memandang enteng akan hal ini,berapa ramai dikalangan umat pada masa kini yang telah rosak hatinya kerana tidak menitikberatkan perkara halal dan haram.......

dalam satu hadis ada menyebutkan tentang perkara halal dan haram dan perkara yg tersembunyi disebalik halal dan haram itu..iaitu SYUBHAH...ia satu hal yg tidak dapat dipastikan halal atau haram..dan menurut ulama,syubhah biasanya lebih cenderong kepada haram..seperti formula matematik yg kita pelajari apabila 'positive'(+) dicampurkan DENGAN 'negative'(-) maka jawapannya?????......tepuk dada tanya ilmu yg ada dalam diri kita

Sabda junjungan mulia,mafhumnya:
   'perkara halal itu jelas,dan perkara haram itu jelas dan diantara keduanya ada satu lagi perkara yg tidak diketahui ramai manusia..itulah syubhah...kita hanya menilai halal pada sesuatu makanan itu hanya 'cop halal' tanpa kita meneliti dengan lebih mendalam akan sejauh mana 'kehalalan' makanan itu...

nah!! berapa ramai orang yang beragama islam telah memakan khinzir tanpa kita sedari,kesannya kita boleh lihat betapa hancur leburnya akhlak anak muda pada zaman skarang...tubuh badan yang indah ditayangkan begitu sahaja,seolah-olah mereka semua tidak ada perasaan malu atas perbuatan mereka...bahkan yang lebih teruk mereka menghina perintah agama dengan mencampuradukkan yang hak dan yang batil

  semua ini berpunca dari perkara yang kecil dan remeh tetapi boleh mendatangkan mudharat dan musibah yang teramat buruk dan keji iaitu sumber permakanan kita..


ana dah bentang apa yang ana kaji tetapi ini terpulang kpd iman kawan2 semua untuk mengambil cakna atas hujah2 yang ana kemuka kan...





Jumaat, 21 Oktober 2011

konspirasi kafir...surah palsu


PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah S...WT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible

Selasa, 18 Oktober 2011

Couple vs Nikah

                                 

 Istilah Couple:
Pasangan yang berbeza jantina yang menjalinkan hubungan cinta atas dasar memenuhi tuntutan imarah(nafsu).Remaja sekarang amat berbangga jika bercakap tentang couple masing-masing,tanpa mengetahui samada hubungan itu diredhai ALLAH atau dimurkai.Persoalannya,adakah istilah couple ini wujud di dalam islam,apakah hukumnya??.
Mengikut hukum syarak  menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan (couple) sebelum khawin adalah HARAM,lebih-lebih lagi ketika sedang belajar.Apabila tiba masa untuk kahwin maka ALLAH akan ketemukan kita dengan perempuan yang sepadan sengan kita,dan waktu itu kita disuruh untuk berjumpa dengan keluarga wanita itu untuk disunting atau dilamar.Pertunangan dalam islam adalah untuk kita mengenal 'bakal pasangan'kita dahulu,TETAPI waktu bertunang juga kita tidak digalakkan selalu bertemu atas dasar mematuhi dasar syariat.Begitu tersusunnya islam hinggakan adat perkahwinan juga telah disediakan,walaupun kelihatan seperti kolot dan terlalu mengongkong tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kita dari melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menghampiri kepada zina.

Jika bercinta atas dasar nafsu,adakah cinta itu akan bertahan lama hingga ke jinjang perkahwinan????.Kebiasaannya cinta yang terjalin atas dasar nafsu tidak akan bertahan lama,kebiasaannya setelah 'ditebuk'si binatang jantan akan meninggalkan si binatang betina terkontang-kanting,sebab tiada lelaki yang nak 'memakai' barang 'second hand'.Dan akhirnya segala sandiwara cinta itu berakhir dengan kesengsaraan yang akan terpahat dalam hati mangsa.selain itu,kita telah maaruf bahawasanya hukum memandang perempuan ajnabi yang bukan muhrim dengan kita adalah HARAM jika tiada bersebab.Jadi kalau pandang dah haram apatah lagi bercouple sudah tentunya haram.Jika dilihat dengan pandangan mata kasar,bercouple sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat dari manfaat.Ini telah dibuktikan dengan ribuan kes buang anak telah dilaporkan sepanjang beberapa tahun yang lepas.100% made in malaysia,semua ini berpunca dari sandiwara couple yang semakin menjadi-jadi.Hari ini bala ALLAH telah datang ke Malaysia tetapi tersangkut di Jepun,tsunami yang berlaku di negara Jepun seolah tidak memberikan kesan kepada remaja di kita.Haruslah diingati bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam membanteras gejala ini,tetapi jika pemimpin juga memandang ringan akan hal ini,tunggulah utusan ALLAH yang berupa bencana akan datang menegur penduduk di Malaysia.JANGAN NANTI SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH.

NAH!!!sekarang sudah terpampang didepan kita percintaan halal dan haram,terpulang keatas hati budi masing-masing untuk melihat mana baik mana buruk,barang diingati bahawa percintaan yang bahagia dan mulia disisi ALLAH adalah percintaan selepas nikah,dan seteruk-teruk cinta adalah cinta adalah cinta nafsu yang mana akan mengundang banyak bala dari ALLAH.

Adakah kita mahu bencana kiriman Allah seperti ini menggegar negara kita baru kita nak insaf!!!!baru kita nk kembali ke pangkal jalan.Semua manusia takut dengan kejadian seperti ini,tetapi tanpa mereka sedari dalam diam mereka meminta agar bala seperti ini menimpa atas mereka.

Saya mencabar kepada orang yang sedang bercouple agar datangkan satu dalil dari mana2 ayat al-quran,hadis atau qias atau ijtihad para ulama yang menghalalkan couple.Atau datangkan kepada saya mana-mana kisah-kisah anbiya,aulia,para sahabat,dan ulama yang mereka bercouple sebelum berkahwin.jika ada!!! saya akan tarik balik segala hujah yang saya kemukakan



Lastly,ketahuilah sahabat dan sahabiah semua bahawa syariat islam itu indah jika diamalkan dengan ikhlas.Dan sesungguhnya tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kita kepada Rabbul Izati.Dan ingatlah bahawa 'no couple untill akad'........

wallahualam

Isnin, 25 Julai 2011

RAMADHAN KEKASIHKU

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)
Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.
Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik. Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).
Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.
Ramadhan akan kembali menyapa kita, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah, kerana sebulan dalam bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka,
“Sesungguhnya telah datang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu syurga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).


Sabtu, 23 Julai 2011

soalan yang tiada penghujung

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?
Soalan di atas, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh baca salah pi) yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit. Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.
Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut. Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.
Jawapan Yang Sahih
Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله. Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:
Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)
Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.
Komentar Hadith Jariyah
Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;
1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.
2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.
3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.
4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.
5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..
6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.
7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.
Wallahu a’lam.
Rujukan tambahan:
1- Fatwa al-Hai’ah al-’Ammah – sini.
2- Risalah al-Burhan al-Sadiq.
3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – sini

Sabtu, 23 April 2011

Hadis Nabi

BARANGSIAPA YANG MERINTISKAN(MEMULAKAN)SATU SUNNAH YANG BAIK,MAKA BAGINYA PAHALA DAN PAHALA BAGI ORANG YANG MENGERJAKANNYA,DAN BARANGSIAPA YANG MERINTISKAN(MEMULAKAN)SUNNAH YANG TIDAK BAIK MAKA BAGINYA DOSA,DAN DOSA BAGI YANG MENGERJAKANNYA...

-MAFHUM DARI HADIS NABI YANG SAHIH

BERDASARKAN DARI HADIS DIATAS,SEDARLAH KITA BAHAWA MEMULAKAN SESUATU PERKARA AMATLAH MEMBERIKAN IMPAK ATAU IMPLIKASI TERHADAP AMALAN KITA SEHARIAN.BAGI AYAT YANG PERTAMA IALAH 'SUNNAH YANG BAIK',INI BERMAKSUD BAHAWA SESUATU PEKERJAAN YANG BAIK,DAN BAGINDA MENJAMIN BAGI ORANG YANG MEMULAKAN SUNNAH YANG BAIK INI WAJIB BAGINYA PAHALA DARI ALLAH RABBUL JALIL,DAN JIKA SEKIRANYA ADA ORANG YANG MENGIKUT SUNNAH YANG BAIK ITU,MAKA BAGINYA JUGA PAHALA SEBAGAI 'SAHAM' KERANA DIA MEMULAKAN SESUATU PERKARA BAIK.

CONTOHNYA,AHMAD TINGGAL BERSAMA KELUARGA YANG AGAK SOSIAL,DIMANA ADIK BERADIKNYA BERFIKIRAN TERBUKA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI OPEN MINDED,NAMUN PADA SUATU HARI,AHMAD TERDENGAR AKAN SATU CERAMAH DI RADIO DIMANA USTAZ ITU MENGATAKAN BAHAWA WAJIB MENCEGAH KEMUNGKARAN YANG BERLAKU DI KALANGAN KELUARGA.JADI AHMAD MULA MENUNAIKAN SOLAT DAN MEMBACA AL QURAN,SELAIN ITU AHMAD SELALU BERPESAN KEPADA ABANG DAN AKAKNYA AGAR BERUBAH,IZIN ALLAH PINTU HATI ABANG DAN AKAKNYA TERBUKA MENERIMA NASIHAT DISAMPING MENGIKUT PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH AHMAD SEPERTI SEMBAHYANG BERJEMAAH DAN MEMBACA QURAN.

DARI CERITA INI KATA DAPAT LIHAT PAHALA YANG DIPEROLEHI AHMAD MENDAPAT PAHALA SEBAB BERTAUBAT,SEMBAHYANG,BACA QURAN,DAN YANG PALING UTAMA SEKALI IALAH DIA AKAN MEMPEROLEHI PAHALA YANG BERTERUSAN SELAGI MANA ABANG DAN AKAKNYA MELAKUKAN AMAL TERSEBUT,DAN PAHALA ITU AKAN TERUS BERJALAN WAIMA AHMAD MENINGGAL SEKALIPUN.

SAHABAT SEKALIAN,BERTAPA SAYANGNYA MAHA PENCIPTA KEPADA MAKHLUKNYA KERANA AMATLAH MUDAH UNTUK MENDAPAT PAHALA,TAPI AMAT BERAT UNTUK MELAKUKANNYA.

AKHIRNYA ANA MENYERU DIRI ANA DAN SEMUA SAHABAT AGAR MENJADIKAN HADIS DIATAS SEBAGAI TITIK TOLAK UNTUK KITA MEMULAKAN SATU SUNNAH YANG BAIK,DAN SAMA-SAMA MENDAPAT PAHALA YANG BERTERUSAN DARI SANG PENCIPTA INSYALLAH


ALLAH MENJANJIKAN DENGAN KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG BERIMAN SYURAG YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI,DAN BUAH-BUAHAN UNTUK MENJADI SANTAPAN AHLI SYURGA,DAN JUGA DIJANJIKAN PEREMPUAN YANG SUCI(BIDADARI).
ASSALAMUALAIKUM

Rabu, 9 Februari 2011

Tiada apa yang diharapkan dari semua ibu-ayah melainkan dapat anak yang soleh..tetapi sejauh mana kesolehan anak2 kepada ibu ayah.anak yang derhaka lebih ramai daripad anak yang soleh.

zaman sekarang banyak kedengaran anak yang lari rumah demi mengikut keksih.kerana sebua hubungan yag haram,mereka menderhaka kepada ibu dan ayah.apakah mereka tidak berfikir sesungguhnya ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam seluruh kehidupan kita.yang paling menyedihkan perkara ini banyak terjadi dikalangan umat islam.org kafir sendiri menyayangi ibu dan ayah mereka.

lupakah kita bahawa KEREDHAAN ALLAH TERLETAK DI ATAS KEREDHAAN IBU DAN AYAH.jadi sememangnya ibu dan ayah merupakan tonggak utama dalam segenap kehidupan kita.implikasi yang amat besar akan terjadi pada anak2 uang menderhakai kedua ibubapa.

lupakah kita bahawa ibulah insan yang paling berjasa kepada kita.mengapa kita sanggup membiarkan ibu semasa kita sudah berjaya.lupakah kita bahawa kejayaan kita berasal dari susah payah seorang ibu dan
ayah.menjadi anak yang soleh adalah satu perkara yang dipandang ringan oleh anak2 akhir zamzan.

oleh itu saya menyeru kepada anak2 akhir zaman agar kenang jasa ibu dan ayah kita.jadilah anak yang soleh agar kita menyesal di masa akan datang.

WALLAHUALAM

Nasyid oleh Rabbani - Anak Soleh

Ahad, 30 Januari 2011

TAKUT PADA KEMEWAHAN DUNIA

Seperti yang kita tahu bahawa zuhud adalah satu perkara atau sifat manusia yang bencikan kemewahan dunia tapi lebih mementingkan kehidupan di akhirat.zuhud juga menjadi bukti kukuh sejauh mana keteguhan iman seseorang manusia.

Kebiasaannya,hanya para nabi dan orang alim sahaja yang ada sifat yang mulia ini,ini kerana cinta mereka kepada ALLAH melebihi dari segalanya.Kita lihat sendiri bagaimana Rasulullah menolak tawaran dari ALLAH untuk menjadi seorang raja yang kaya,sebaliknya baginda memilih cara hidup yang sederhana kerana baginda takut leka dan lalai dengan kemewahan yang ALLAH kurniakan.

Marilah kita renungkan pula kisah para sahabat yang takut dan menangis bahkan ada yang pengsan apabila ditawarkan kemewahan dunia.Saidina Abu Bakar tidak menerima gajinya sebagai khalifah dari baitulmal kerana takut ada rakyatnya yang memerlukan duit itu.

Saidina Umar ada berkata "sekiranya aku diberi pilihan samaada ingin menjadi pokok atau manusia,nescaya aku akan memilih untuk menjadi pokok".Kita lihat bertapa takutnya umar kepada dunia,

Ulama tersohor Hassan al Basri ada mengatakan bahawa  mengatakan"tidak keluarlah anak adam dari dunia melainkan dengan tiga kerugian: ia tidak kenyang dari apa yang dikumpulkannya,
                                                ia tidak memperoleh apa yang diangan-angankan,
                                                ia tidak mendapatkan perbekalan baik dari apa yang diusahakannya

oleh itu hendaklah kita berhati-hati dengan jerangkap samar dunia yang amat berbahaya kepada anak adam.seperti sabda junjungan kita: mencintai dunia pokok pada segala kesusuhan.

WALLAHUALAM

Rabu, 26 Januari 2011

IBU DAN AYAH

Setiap yang bernama makhluk mesti mempunyai penjaga atau dalam istilah biasa 'ibu dan ayah'.Sebagai hamba ALLAH yang hina dan dina disisi ALLAH yang mulia,saya juga mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.Siapakah ibu dan siapakah ayah???,ibu ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita diatas muka bumi ini sebagai khalifah.selain itu,ibu juga yang menyusukan kita sewaktu kita masih kecil,dan ibu jugalah yang bertanggungjawab mengasuh dan mentarbiahkan kita.manakala ayah pula ialah insan yang tidak reti mengenal erti penat lelah dalam mencari yang terbaik dalam hidup anak2,bahkan insan yang bernama ayah ini juga redha menggadaikan nyawanya demi kebahagiaan seorang anak.Sememangnya kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai mati.


ALLAH mewajibkan ke atas hamba2nya agar berbakti kepada ibu bapa dengan sebaiknya.kita juga dilarang keras oleh RABBULJALIL daripad menderhakai ibu dan ayah.Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"dan janganlah kamu berkata kepada kedua ibu bapa kamu dengan perkataan 'uff',dan janganlah kamu menyakiti hati mereka berdua,dan berkatalah kepada mereka berdua dengan kata2 yang lemah lembut".


Kita juga disuruh untuk mendoakn ibu dan ayah kita seperti yang termaktub dalam kalamullah:
'dan katakanlah "wahai tuhanku ampunkan dosa2ku dan juga dosa kedua ibu dan ayahku,dan kau kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecilku".


Apabila kita berbuat baik kepada ibu dan ayah kita,kita akan mendapat kebaikan ketika kita di dunia lagi,dan begitu juga sebaliknya.


Marilah kita merenung kembali kisah seorang sahabat nabi yang amat kuat amalannya,tetapi bibirnya kaku untuk melafazkan kalimah tauhid pada akhir hayatnya,lalu perkara ini diberitakn kepada baginda.Baginda memanggil ibu kepada sahabatnya yang sedang nazak itu,baginda meminta agar ibunya mengampunkan kesalahan anknya,tetapi ibunya berkecil hati dan tidak mahu mengampunkan kesalahan anaknya.Lalu baginda mengarahkan para sahabat supaya membakar orang itu.Namun naluri seorang ibu yang sayangkan anaknya terus mengampunkan kesalahan anaknya.Akhir sekali sahabat yang sedang nazak itu melafazkan kalimah tauhid itu dengan sendirinya.


Alangkah malangnya bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita dan keizinan daripada mereka berdua amat penting dalam segala hal.


Akhir sekali saya menyeru kepada sekalian hamba ALLAH agar berbakti kepada ibu dan ayah kita supaya kita bahagia dunia dan akhirat.Insyallah


Derhaka kepada mak-bapak,di kaki lima badan tercampak.Nauzubillah.

WALLAHUALAM.


 
 

Selasa, 25 Januari 2011

SFSDF

SADASDASDSDSADSA

Mp3Raid music code

Sultan Muhammad al Fateh

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Kota Kostantinople akan ditakluk oleh sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera.

Hadis ini menjadi semangat kepada sultan2 islam dalam misi menakluk kota kostantiniple.Namun kekuatan pertahanan kota itu amat kukuh dan tak boleh ditembusi oleh mane2 tentera yang ingin menakuluk kota tersebut.


Kedudukan kota yang strategik itu juga amat menarik minat pedagang untuk berdagang di kota tersebut

Usaha menakluk kota ini bermula dengan saidina Ali r.a,pada tahun 34 hijrah kemudian diteruskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah,usaha mulia ini dteruskan oleh Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah dan Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 hijrah.Pada tahun 1391,1397 dan 1400 masihi,usaha menakluk ini diteruskan oleh Sultan Beyazid.Sultan Murad yang juga ayahanda kepada Sultan Muhammad juga ada berusaha menakluk kota tersebut,tetapi semua usaha2 ini menemui kegagalan.

Ketika kelahiran Sultan Muhammad,ulama terkenal pada masa itu Syeikh Bayram dan anak muridnya Syeikh Syamsuddin al Wali yang juga seorang yang mempunyai imu firasat yang bagus,telah meramalkan melalui petunjuk dari ALLAH bahawa Sultan Muhammad bakal menakluk kota kostantinople.baginda dididik dengan imu agama dan kepahlawanan.Bapa saudara baginda selalu menanamkan semangat kepada baginda supaya berusaha menakluk kota itu.Ketika baginda memerintah bagind sering merancng strategi untuk menjatuhkan empayar tersebut.

Pada malam isnin 28 Mei 1453 masihi,tercetuslah peperangan yang dahsyat.Peperangan antara tentera islam yang merindui syahid dengan tentera maharaja kostantine laknatullah alaihi yang rela mati demi kota kostantinople,peperangan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada islam.

Akhirnya pada Selasa 29 Mei 1453 masihi,kota kostantinople berjaya ditawan oleh orang islam.

Semoga kisah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada kita agar sentiasa merindui perjuangan di jalan ALLAH.AMIN

Hayatilah berita gembira yang dikhabarkan oleh ALLAH Penguasa Sekalian Alam.
WALLAHUALAM

Isnin, 24 Januari 2011

kiamat dan tandanya

satu hari baginda didatangi oleh seseorang lalu dia bertanya kpd baginda"khabarkan kepada aku tentang bila berlakunya kiamat",maka baginda menjawab"demi diriku yang berada dalam kekuasaannya,sekiranya ada orang yang lebih alim dariku nescaya tidak dapat untuk menjawab soalanmu itu"

Kiamat pasti akan datang,tapi kita dan semua yang bernama makhluk tidak tahu tentang waktu terjadinya kiamat itu hatta malaikat israfil pun tidak mengetahui bilakah terjadinya hari yang dahsyat itu.Tetapi baginda ada khabarkan kepada kita akan tanda2nya antaranya:

-apabila bilangan permpuan lebih ramai dari lelaki
-kerap berlakunya gerhana
-apabila hamba melahirkan raja
-munculnya yakjuj dan makjuj
-turunnya imam mahdi
-tersebarnya fitnah dajjal laknatulla
-keluarnya dajjal
-menangnya islam daripada israel
-terbitnya matahari dari arah barat
-ramai isteri yang curang terhadap suaminya
-apabila lelaki seperti perempuan atau sebaliknya
-semakin ramai alim ulama yang hilang dari muka bumi
-apabila masyarakat tidak memperdulikan ilmu
-apabila kerap berlakunya bencana alam
dan banyak lagi.

mudah-mudahan kita mengambil iktibar dari tanda2 ini,kerana banyak tanda kiamat telah terjadi diatas muka bumi ini.Cuma manusia sahaja mengambil enteng akan hal ini
wallahualam