Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Kota Kostantinople akan ditakluk oleh sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera.
Hadis ini menjadi semangat kepada sultan2 islam dalam misi menakluk kota kostantiniple.Namun kekuatan pertahanan kota itu amat kukuh dan tak boleh ditembusi oleh mane2 tentera yang ingin menakuluk kota tersebut.
Kedudukan kota yang strategik itu juga amat menarik minat pedagang untuk berdagang di kota tersebut
Usaha menakluk kota ini bermula dengan saidina Ali r.a,pada tahun 34 hijrah kemudian diteruskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah,usaha mulia ini dteruskan oleh Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah dan Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 hijrah.Pada tahun 1391,1397 dan 1400 masihi,usaha menakluk ini diteruskan oleh Sultan Beyazid.Sultan Murad yang juga ayahanda kepada Sultan Muhammad juga ada berusaha menakluk kota tersebut,tetapi semua usaha2 ini menemui kegagalan.
Ketika kelahiran Sultan Muhammad,ulama terkenal pada masa itu Syeikh Bayram dan anak muridnya Syeikh Syamsuddin al Wali yang juga seorang yang mempunyai imu firasat yang bagus,telah meramalkan melalui petunjuk dari ALLAH bahawa Sultan Muhammad bakal menakluk kota kostantinople.baginda dididik dengan imu agama dan kepahlawanan.Bapa saudara baginda selalu menanamkan semangat kepada baginda supaya berusaha menakluk kota itu.Ketika baginda memerintah bagind sering merancng strategi untuk menjatuhkan empayar tersebut.
Pada malam isnin 28 Mei 1453 masihi,tercetuslah peperangan yang dahsyat.Peperangan antara tentera islam yang merindui syahid dengan tentera maharaja kostantine laknatullah alaihi yang rela mati demi kota kostantinople,peperangan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada islam.
Akhirnya pada Selasa 29 Mei 1453 masihi,kota kostantinople berjaya ditawan oleh orang islam.
Semoga kisah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada kita agar sentiasa merindui perjuangan di jalan ALLAH.AMIN
Hayatilah berita gembira yang dikhabarkan oleh ALLAH Penguasa Sekalian Alam.
WALLAHUALAM


Tiada ulasan:
Catat Ulasan