...

Ahad, 30 Januari 2011

TAKUT PADA KEMEWAHAN DUNIA

Seperti yang kita tahu bahawa zuhud adalah satu perkara atau sifat manusia yang bencikan kemewahan dunia tapi lebih mementingkan kehidupan di akhirat.zuhud juga menjadi bukti kukuh sejauh mana keteguhan iman seseorang manusia.

Kebiasaannya,hanya para nabi dan orang alim sahaja yang ada sifat yang mulia ini,ini kerana cinta mereka kepada ALLAH melebihi dari segalanya.Kita lihat sendiri bagaimana Rasulullah menolak tawaran dari ALLAH untuk menjadi seorang raja yang kaya,sebaliknya baginda memilih cara hidup yang sederhana kerana baginda takut leka dan lalai dengan kemewahan yang ALLAH kurniakan.

Marilah kita renungkan pula kisah para sahabat yang takut dan menangis bahkan ada yang pengsan apabila ditawarkan kemewahan dunia.Saidina Abu Bakar tidak menerima gajinya sebagai khalifah dari baitulmal kerana takut ada rakyatnya yang memerlukan duit itu.

Saidina Umar ada berkata "sekiranya aku diberi pilihan samaada ingin menjadi pokok atau manusia,nescaya aku akan memilih untuk menjadi pokok".Kita lihat bertapa takutnya umar kepada dunia,

Ulama tersohor Hassan al Basri ada mengatakan bahawa  mengatakan"tidak keluarlah anak adam dari dunia melainkan dengan tiga kerugian: ia tidak kenyang dari apa yang dikumpulkannya,
                                                ia tidak memperoleh apa yang diangan-angankan,
                                                ia tidak mendapatkan perbekalan baik dari apa yang diusahakannya

oleh itu hendaklah kita berhati-hati dengan jerangkap samar dunia yang amat berbahaya kepada anak adam.seperti sabda junjungan kita: mencintai dunia pokok pada segala kesusuhan.

WALLAHUALAM

Rabu, 26 Januari 2011

IBU DAN AYAH

Setiap yang bernama makhluk mesti mempunyai penjaga atau dalam istilah biasa 'ibu dan ayah'.Sebagai hamba ALLAH yang hina dan dina disisi ALLAH yang mulia,saya juga mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.Siapakah ibu dan siapakah ayah???,ibu ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita diatas muka bumi ini sebagai khalifah.selain itu,ibu juga yang menyusukan kita sewaktu kita masih kecil,dan ibu jugalah yang bertanggungjawab mengasuh dan mentarbiahkan kita.manakala ayah pula ialah insan yang tidak reti mengenal erti penat lelah dalam mencari yang terbaik dalam hidup anak2,bahkan insan yang bernama ayah ini juga redha menggadaikan nyawanya demi kebahagiaan seorang anak.Sememangnya kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai mati.


ALLAH mewajibkan ke atas hamba2nya agar berbakti kepada ibu bapa dengan sebaiknya.kita juga dilarang keras oleh RABBULJALIL daripad menderhakai ibu dan ayah.Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"dan janganlah kamu berkata kepada kedua ibu bapa kamu dengan perkataan 'uff',dan janganlah kamu menyakiti hati mereka berdua,dan berkatalah kepada mereka berdua dengan kata2 yang lemah lembut".


Kita juga disuruh untuk mendoakn ibu dan ayah kita seperti yang termaktub dalam kalamullah:
'dan katakanlah "wahai tuhanku ampunkan dosa2ku dan juga dosa kedua ibu dan ayahku,dan kau kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecilku".


Apabila kita berbuat baik kepada ibu dan ayah kita,kita akan mendapat kebaikan ketika kita di dunia lagi,dan begitu juga sebaliknya.


Marilah kita merenung kembali kisah seorang sahabat nabi yang amat kuat amalannya,tetapi bibirnya kaku untuk melafazkan kalimah tauhid pada akhir hayatnya,lalu perkara ini diberitakn kepada baginda.Baginda memanggil ibu kepada sahabatnya yang sedang nazak itu,baginda meminta agar ibunya mengampunkan kesalahan anknya,tetapi ibunya berkecil hati dan tidak mahu mengampunkan kesalahan anaknya.Lalu baginda mengarahkan para sahabat supaya membakar orang itu.Namun naluri seorang ibu yang sayangkan anaknya terus mengampunkan kesalahan anaknya.Akhir sekali sahabat yang sedang nazak itu melafazkan kalimah tauhid itu dengan sendirinya.


Alangkah malangnya bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita dan keizinan daripada mereka berdua amat penting dalam segala hal.


Akhir sekali saya menyeru kepada sekalian hamba ALLAH agar berbakti kepada ibu dan ayah kita supaya kita bahagia dunia dan akhirat.Insyallah


Derhaka kepada mak-bapak,di kaki lima badan tercampak.Nauzubillah.

WALLAHUALAM.


 
 

Selasa, 25 Januari 2011

SFSDF

SADASDASDSDSADSA

Mp3Raid music code

Sultan Muhammad al Fateh

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Kota Kostantinople akan ditakluk oleh sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera.

Hadis ini menjadi semangat kepada sultan2 islam dalam misi menakluk kota kostantiniple.Namun kekuatan pertahanan kota itu amat kukuh dan tak boleh ditembusi oleh mane2 tentera yang ingin menakuluk kota tersebut.


Kedudukan kota yang strategik itu juga amat menarik minat pedagang untuk berdagang di kota tersebut

Usaha menakluk kota ini bermula dengan saidina Ali r.a,pada tahun 34 hijrah kemudian diteruskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah,usaha mulia ini dteruskan oleh Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah dan Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 hijrah.Pada tahun 1391,1397 dan 1400 masihi,usaha menakluk ini diteruskan oleh Sultan Beyazid.Sultan Murad yang juga ayahanda kepada Sultan Muhammad juga ada berusaha menakluk kota tersebut,tetapi semua usaha2 ini menemui kegagalan.

Ketika kelahiran Sultan Muhammad,ulama terkenal pada masa itu Syeikh Bayram dan anak muridnya Syeikh Syamsuddin al Wali yang juga seorang yang mempunyai imu firasat yang bagus,telah meramalkan melalui petunjuk dari ALLAH bahawa Sultan Muhammad bakal menakluk kota kostantinople.baginda dididik dengan imu agama dan kepahlawanan.Bapa saudara baginda selalu menanamkan semangat kepada baginda supaya berusaha menakluk kota itu.Ketika baginda memerintah bagind sering merancng strategi untuk menjatuhkan empayar tersebut.

Pada malam isnin 28 Mei 1453 masihi,tercetuslah peperangan yang dahsyat.Peperangan antara tentera islam yang merindui syahid dengan tentera maharaja kostantine laknatullah alaihi yang rela mati demi kota kostantinople,peperangan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada islam.

Akhirnya pada Selasa 29 Mei 1453 masihi,kota kostantinople berjaya ditawan oleh orang islam.

Semoga kisah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada kita agar sentiasa merindui perjuangan di jalan ALLAH.AMIN

Hayatilah berita gembira yang dikhabarkan oleh ALLAH Penguasa Sekalian Alam.
WALLAHUALAM

Isnin, 24 Januari 2011

kiamat dan tandanya

satu hari baginda didatangi oleh seseorang lalu dia bertanya kpd baginda"khabarkan kepada aku tentang bila berlakunya kiamat",maka baginda menjawab"demi diriku yang berada dalam kekuasaannya,sekiranya ada orang yang lebih alim dariku nescaya tidak dapat untuk menjawab soalanmu itu"

Kiamat pasti akan datang,tapi kita dan semua yang bernama makhluk tidak tahu tentang waktu terjadinya kiamat itu hatta malaikat israfil pun tidak mengetahui bilakah terjadinya hari yang dahsyat itu.Tetapi baginda ada khabarkan kepada kita akan tanda2nya antaranya:

-apabila bilangan permpuan lebih ramai dari lelaki
-kerap berlakunya gerhana
-apabila hamba melahirkan raja
-munculnya yakjuj dan makjuj
-turunnya imam mahdi
-tersebarnya fitnah dajjal laknatulla
-keluarnya dajjal
-menangnya islam daripada israel
-terbitnya matahari dari arah barat
-ramai isteri yang curang terhadap suaminya
-apabila lelaki seperti perempuan atau sebaliknya
-semakin ramai alim ulama yang hilang dari muka bumi
-apabila masyarakat tidak memperdulikan ilmu
-apabila kerap berlakunya bencana alam
dan banyak lagi.

mudah-mudahan kita mengambil iktibar dari tanda2 ini,kerana banyak tanda kiamat telah terjadi diatas muka bumi ini.Cuma manusia sahaja mengambil enteng akan hal ini
wallahualam