...

Ahad, 30 Januari 2011

TAKUT PADA KEMEWAHAN DUNIA

Seperti yang kita tahu bahawa zuhud adalah satu perkara atau sifat manusia yang bencikan kemewahan dunia tapi lebih mementingkan kehidupan di akhirat.zuhud juga menjadi bukti kukuh sejauh mana keteguhan iman seseorang manusia.

Kebiasaannya,hanya para nabi dan orang alim sahaja yang ada sifat yang mulia ini,ini kerana cinta mereka kepada ALLAH melebihi dari segalanya.Kita lihat sendiri bagaimana Rasulullah menolak tawaran dari ALLAH untuk menjadi seorang raja yang kaya,sebaliknya baginda memilih cara hidup yang sederhana kerana baginda takut leka dan lalai dengan kemewahan yang ALLAH kurniakan.

Marilah kita renungkan pula kisah para sahabat yang takut dan menangis bahkan ada yang pengsan apabila ditawarkan kemewahan dunia.Saidina Abu Bakar tidak menerima gajinya sebagai khalifah dari baitulmal kerana takut ada rakyatnya yang memerlukan duit itu.

Saidina Umar ada berkata "sekiranya aku diberi pilihan samaada ingin menjadi pokok atau manusia,nescaya aku akan memilih untuk menjadi pokok".Kita lihat bertapa takutnya umar kepada dunia,

Ulama tersohor Hassan al Basri ada mengatakan bahawa  mengatakan"tidak keluarlah anak adam dari dunia melainkan dengan tiga kerugian: ia tidak kenyang dari apa yang dikumpulkannya,
                                                ia tidak memperoleh apa yang diangan-angankan,
                                                ia tidak mendapatkan perbekalan baik dari apa yang diusahakannya

oleh itu hendaklah kita berhati-hati dengan jerangkap samar dunia yang amat berbahaya kepada anak adam.seperti sabda junjungan kita: mencintai dunia pokok pada segala kesusuhan.

WALLAHUALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan