Setiap yang bernama makhluk mesti mempunyai penjaga atau dalam istilah biasa 'ibu dan ayah'.Sebagai hamba ALLAH yang hina dan dina disisi ALLAH yang mulia,saya juga mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.Siapakah ibu dan siapakah ayah???,ibu ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita diatas muka bumi ini sebagai khalifah.selain itu,ibu juga yang menyusukan kita sewaktu kita masih kecil,dan ibu jugalah yang bertanggungjawab mengasuh dan mentarbiahkan kita.manakala ayah pula ialah insan yang tidak reti mengenal erti penat lelah dalam mencari yang terbaik dalam hidup anak2,bahkan insan yang bernama ayah ini juga redha menggadaikan nyawanya demi kebahagiaan seorang anak.Sememangnya kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai mati.
ALLAH mewajibkan ke atas hamba2nya agar berbakti kepada ibu bapa dengan sebaiknya.kita juga dilarang keras oleh RABBULJALIL daripad menderhakai ibu dan ayah.Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"dan janganlah kamu berkata kepada kedua ibu bapa kamu dengan perkataan 'uff',dan janganlah kamu menyakiti hati mereka berdua,dan berkatalah kepada mereka berdua dengan kata2 yang lemah lembut".
Kita juga disuruh untuk mendoakn ibu dan ayah kita seperti yang termaktub dalam kalamullah:
'dan katakanlah "wahai tuhanku ampunkan dosa2ku dan juga dosa kedua ibu dan ayahku,dan kau kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecilku".
Apabila kita berbuat baik kepada ibu dan ayah kita,kita akan mendapat kebaikan ketika kita di dunia lagi,dan begitu juga sebaliknya.
Marilah kita merenung kembali kisah seorang sahabat nabi yang amat kuat amalannya,tetapi bibirnya kaku untuk melafazkan kalimah tauhid pada akhir hayatnya,lalu perkara ini diberitakn kepada baginda.Baginda memanggil ibu kepada sahabatnya yang sedang nazak itu,baginda meminta agar ibunya mengampunkan kesalahan anknya,tetapi ibunya berkecil hati dan tidak mahu mengampunkan kesalahan anaknya.Lalu baginda mengarahkan para sahabat supaya membakar orang itu.Namun naluri seorang ibu yang sayangkan anaknya terus mengampunkan kesalahan anaknya.Akhir sekali sahabat yang sedang nazak itu melafazkan kalimah tauhid itu dengan sendirinya.
Alangkah malangnya bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita dan keizinan daripada mereka berdua amat penting dalam segala hal.
Akhir sekali saya menyeru kepada sekalian hamba ALLAH agar berbakti kepada ibu dan ayah kita supaya kita bahagia dunia dan akhirat.Insyallah
Derhaka kepada mak-bapak,di kaki lima badan tercampak.Nauzubillah.
WALLAHUALAM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan