...

Selasa, 18 Oktober 2011

Couple vs Nikah

                                 

 Istilah Couple:
Pasangan yang berbeza jantina yang menjalinkan hubungan cinta atas dasar memenuhi tuntutan imarah(nafsu).Remaja sekarang amat berbangga jika bercakap tentang couple masing-masing,tanpa mengetahui samada hubungan itu diredhai ALLAH atau dimurkai.Persoalannya,adakah istilah couple ini wujud di dalam islam,apakah hukumnya??.
Mengikut hukum syarak  menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan (couple) sebelum khawin adalah HARAM,lebih-lebih lagi ketika sedang belajar.Apabila tiba masa untuk kahwin maka ALLAH akan ketemukan kita dengan perempuan yang sepadan sengan kita,dan waktu itu kita disuruh untuk berjumpa dengan keluarga wanita itu untuk disunting atau dilamar.Pertunangan dalam islam adalah untuk kita mengenal 'bakal pasangan'kita dahulu,TETAPI waktu bertunang juga kita tidak digalakkan selalu bertemu atas dasar mematuhi dasar syariat.Begitu tersusunnya islam hinggakan adat perkahwinan juga telah disediakan,walaupun kelihatan seperti kolot dan terlalu mengongkong tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kita dari melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menghampiri kepada zina.

Jika bercinta atas dasar nafsu,adakah cinta itu akan bertahan lama hingga ke jinjang perkahwinan????.Kebiasaannya cinta yang terjalin atas dasar nafsu tidak akan bertahan lama,kebiasaannya setelah 'ditebuk'si binatang jantan akan meninggalkan si binatang betina terkontang-kanting,sebab tiada lelaki yang nak 'memakai' barang 'second hand'.Dan akhirnya segala sandiwara cinta itu berakhir dengan kesengsaraan yang akan terpahat dalam hati mangsa.selain itu,kita telah maaruf bahawasanya hukum memandang perempuan ajnabi yang bukan muhrim dengan kita adalah HARAM jika tiada bersebab.Jadi kalau pandang dah haram apatah lagi bercouple sudah tentunya haram.Jika dilihat dengan pandangan mata kasar,bercouple sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat dari manfaat.Ini telah dibuktikan dengan ribuan kes buang anak telah dilaporkan sepanjang beberapa tahun yang lepas.100% made in malaysia,semua ini berpunca dari sandiwara couple yang semakin menjadi-jadi.Hari ini bala ALLAH telah datang ke Malaysia tetapi tersangkut di Jepun,tsunami yang berlaku di negara Jepun seolah tidak memberikan kesan kepada remaja di kita.Haruslah diingati bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam membanteras gejala ini,tetapi jika pemimpin juga memandang ringan akan hal ini,tunggulah utusan ALLAH yang berupa bencana akan datang menegur penduduk di Malaysia.JANGAN NANTI SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH.

NAH!!!sekarang sudah terpampang didepan kita percintaan halal dan haram,terpulang keatas hati budi masing-masing untuk melihat mana baik mana buruk,barang diingati bahawa percintaan yang bahagia dan mulia disisi ALLAH adalah percintaan selepas nikah,dan seteruk-teruk cinta adalah cinta adalah cinta nafsu yang mana akan mengundang banyak bala dari ALLAH.

Adakah kita mahu bencana kiriman Allah seperti ini menggegar negara kita baru kita nak insaf!!!!baru kita nk kembali ke pangkal jalan.Semua manusia takut dengan kejadian seperti ini,tetapi tanpa mereka sedari dalam diam mereka meminta agar bala seperti ini menimpa atas mereka.

Saya mencabar kepada orang yang sedang bercouple agar datangkan satu dalil dari mana2 ayat al-quran,hadis atau qias atau ijtihad para ulama yang menghalalkan couple.Atau datangkan kepada saya mana-mana kisah-kisah anbiya,aulia,para sahabat,dan ulama yang mereka bercouple sebelum berkahwin.jika ada!!! saya akan tarik balik segala hujah yang saya kemukakan



Lastly,ketahuilah sahabat dan sahabiah semua bahawa syariat islam itu indah jika diamalkan dengan ikhlas.Dan sesungguhnya tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kita kepada Rabbul Izati.Dan ingatlah bahawa 'no couple untill akad'........

wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan