...

Jumaat, 13 April 2012

ALONG




        “Kau memang jahatlah long!!!” itulah antara kata-kata yang sering aku hamburkan terhadap along aku, aku rasa dia memang hidup untuk menyakat dan membuli aku. Sebentar tadi dia mengoyakkan buku cerita aku yang baru dibeli. Aku sangat bencikan Along aku!! Itulah ayat yang sering aku monologkan tiap malam. Aku sering mempersoalkan,mengapa perlu ada anak pertama yang bergelar Along ini. Bagi aku kehidupan mereka hanya untuk membuli, menyakat dan menyusahkan adik-adik mereka.

        Malam ini aku harus menyiapkan kerja rumah yang agak banyak dan rumit, aku berharap agar si bedebah along itu tak kacau aku lagi. Aku memulakan kerja aku, namun belum sampai dua minit lampu bilik aku tiba-tiba terpadam, dan aku dapat mengagak bahawa itu memang kerja si bedebah itu. “Along!! boleh tak kau jangan kacau aku sehari.” Along menjenguk mukanya dibalik bendul pintu bilikku dan menyahut semula persoalan yang aku lontarkan kepadanya, “tak boleh, sebab aku memang dilahirkan untuk kacau kau,” balas along dalam nada memerli aku. Aku menjerit memanggil ibuku dan mengadu kepadanya tentang perbuatan along itu. Ibu lantas bertempik dengan keras, “Along!!, kau mari sini,” Along dengan wajah agak kecuakan berjalan perlahan menuju ke arah ibu, PANGG!!!! Tanpa diduga tangan ibu yang selembut sutera itu selaju kilat hinggap di pipi along. Pipi Along berbekas merah, aku agak terkesima dan berasa serba salah, namun aku cuba untuk menaikkan ego dengan bermonolog perlahan, “ah, pergi mampus sama binatang itu.” Along bergerak menuju ke biliknya setelah diarahkan oleh ibu.

       Keesokan paginya, aku bersiap menuju kesekolah dan aku lihat Along  masih lagi belum bersiap, aku ingin bertanya namun kelakuan binatangnya membuatkan aku lebih rela berdiam seribu kata. “Kenapa Along tak bersiap lagi ibu?” soalku.

       “Along kau demam, terkejut agaknya sebab dilempang ibu,” balas ibu sinis. “Biar dia mati pun bagus…” ujarku separuh berbisik.

       Dalam perjalanan ke sekolah, aku teringat kata-kata arwah ayah aku yang Along aku ni memang ‘hyperactive’, namun dia boleh diharap untuk melakukan apa saja kerja yang disuruh. Hatiku tiba-tiba dirundung rasa sebak terbayangkan kejadian malam tadi, “ah, biar dia rasakan..hidup asyik nak kacau aku je,” kataku ingin memujuk hati yang sebak.
      Sebaik pulang dari sekolah, aku mencari kelibat Along, tiba-tiba, BUKKK!!! Belakangku ditumbuk oleh seseorang dan amat sakit sekali…

       “Padan muka kau sial!! Sapa suruh kau mengadu pada ibu, kau ingat aku tak nampak kau senyum-senyum waktu aku ditampar malam tadi.” Pekik along. Aku terduduk kesakitan, aku mencari ibuku namun sia-sia kerana ibuku masih lagi belum pulang dari kerja. Aku menangis kesakitan. Aku tidak menduga bahawa binatang itu menyimpan dendam atas perbuatanku malam tadi

       “Kalau kau mengadu lagi sekali, nahas kau!” bentak Along. Aku berlari masuk kedalam bilik dan menunggu kepulangan ibu. “Kau ingat aku takut dengan ugutan kau,” monologku di dalam hati. Sebaik saja ibu tiba di rumah, aku terus berlari dan mengadukan perbuatan Along terhadapku tengahari tadi. Ibuku yang kepenatan terus mencapai batang penyapu dan menjerit memanggil si binatang tu, namun tiada sebarang sahutan. Barangkali dia sudah keluar, ibu terus masuk bilik dan mandi, aku pula terus menyediakan makanan untuk ibu.

       Usai makan bersama ibu, tiba-tiba Along terpacul dimuka pintu. Ibu yang tadinya sudah ‘sejuk’ terus merah padam mukanya setelah melihat Along. Ibu menuju ke dapur dan aku tersenyum sinis kepada Along.

       Along menuju masuk kedalam biliknya tanpa menyedari perkara yang bakal berlaku terhadapnya. Tiba-tiba aku terlihat kelibat ibu dari dapur menuju masuk ke dalam bilik Along dan di tangannya ada sebatang kayu yang agak besar. Hatiku tiba-tiba berdebar…

       “Apa kau buat pada adik kau! Adik kau tu kan perempuan, kenapa kau tumbuk dia?” soal ibu. Along diam seribu kata, tiba-tiba kayu yang agak besar itu singgah di badan Along, dan kali ni aku benar-benar rasa tidak sedap hati. Along terduduk dan ibu menyesah Along dengan bertubi-tubi membuatkan aku terpaksa menarik ibu dan….

        Bukk!! Tanpa diduga pukulan ibu yang terakhir terkena pada bahagian kepala Along dan Along rebah. Pada mulanya ibu tidak mengendahkan namun aku menjerit setelah terlihat aliran darah yang keluar dari kepala Along. Aku dan ibu agak tergamam ketika itu dan baru kami teringat yang along mengidap penyakit kanser otak namun tidak begitu teruk.
        “Namun begitu, kepalanya harus dijaga dengan elok dan tidak boleh mengalami sebarang hantukan yang kuat,” Itulah kata-kata dari Doktor Aila Amila ketika Along ditahan di wad waktu dia berusia 7 tahun.

        Along!!! Aku menjerit tatkala dua bola mataku menyaksikan kejadian yang tidak disangkakan itu. Aku melihat wajah ibu biru kepucatan dek kerana peristiwa yang tidak diingini itu. Seketika kemudian aku melihat Along menggelitik menahan kesakitan dan aku semakin ketakutan…..

         “Mairah, pergi panggilkan Pak Usu kau cepat!!!”. Aku bergegas lari menuju kerumah Pak Usu, setibanya aku disana lantas aku menceritakan perkara yang berlaku dan Pak Usu mencapai kunci Volvo lamanya dan menuju ke teratak kami. Setibanya kami di rumahku jantungku bagai direnjat satu tenaga elektrik bervoltan tinggi apabila melihat Along kaku diribaan ibuku yang sedang meraung persis si anak gadis dirasuk sang saka.

          Pak Usu meletakkan dua jarinya di tengkuk Along yang sedang dilanda nazak itu. “Denyutan nadi budak ini sudah terlalu lemah, kita perlu betolak ke hospital dengan segera”, ujar Pak Usu aku.

          Perjalanan sejauh 6 kilometer menuju ke hospital dirasakan begitu jauh sekali, aku melihat tangan Along menggenggam erat tangan ibuku dan berkata dengan nada tersekat-sekat “ibu…halalkan makan minum Along…ampunkan segala dosa Along terhadap ibu..Along langsung tak berniat untuk menyusahkan ibu…Along rasa lepas ni ibu dah tak payah nak marah-marah lagi..sebab Along mungkin dah tiada lagi…”. Air mata ibu semakin melaju bak sungai mengalir. Tangan ibu dibasahi dengan darah yang mengalir keluar dari kepala along. Along menjelingkan matanya yang layu kearah aku…

        “Humairah, Along minta maaf sebab banyak menyusahkan Humairah. Sebenarnya Along tahu yang Humairah memang benci pada Along, Along pernah dengar yang Humairah gelar Along binatang, tapi….”, kata-kata Along terputus setakat itu. Aku menundukkan wajah kerana dirundung rasa bersalah yang amat sangat..

        “Tapi along sikit pun tak kesah sebab along sayangkan Humairah…Along tiada adik selain Humairah, sebab itu Along suka kacau Humairah dengan harapan gurauan Along dapat menceriakan Humairah…namun apa yang Along dapat hanyalah kebencian dari adik Along sendiri..tidak mengapalah dah memang salah Along.” Along memejamkan matanya yang layu itu. Aku terus dirundung rasa serba salah yang amat dan aku sesekali tidak menyangka bahawa Along akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Sesampainya kami di Hospital, aku segera memanggil jururawat untuk meminta bantuan. Fikiranku amat bercelaru dan serabut ditambah pula dengan keriuhan umat manusia membuatkan aku kalut seketika.

          Jasad Along yang lemah itu diusung ke wad kecemasan, aku dan ibu berpelukan. Tergambar mimik bersalah di muka ibu yang ayu itu, namun aku tidak menyalahkan ibu dalam hal ini dan ibu sememangnya tidak bersalah. Aku yang bersalah dalam hal ini, jika sekiranya mulut aku tidak gatal untuk mengadu domba nescaya perkara sebegini tidak akan terjadi. Tiba-tiba stretcher  yang mengusung jasad lemah Along menghala kearah kami dan disisi Along ialah kelibat Doktor Aila Amilah. Sekali debaran menyerang jantungku..

          “Anak puan ini perlu dibedah dengan kadar yang segera untuk mengelakkan kuman di kepalanya merebak keseluruh badannya,” beritahu doktor yang sudah separuh usia itu. Tiba-tiba tangan aku dan digenggam oleh Along, aku terkedu seketika, serentak dengan itu aku terdengar berkata dengan suara yang agak lemah “Humairah, Along harap kamu dapat jaga ibu dengan sebaiknya. Jangan kamu abaikan ibu hatta kamu dah berkahwin sekalipun, lepas ni Along dah tiada untuk menjaga ibu dan kamu.” Itulah kata-kata keramat terakhir dari Along.

           Usai Along ditolak ke bilik pembedahan, aku mencari surau untuk menunaikan solat maghrib dan solat hajat agar Along dipanjangkan umur. Sebaik sahaja aku selesai menunaikan kedua-dua solat itu, aku bertafakur sekejap sambil berdoa “Ya Allah, jika sekiranya kau memanjangkan umur Along, aku berjanji akan melayannya selayak layanan seorang adik kepada abangnya dan aku tidak akan mengadu domba lagi.” Aku bergerak menuju keruangan  menunggu, darahku berderau sebaik melihat ibuku meraung sambil memeluk Mak Su dan hatiku sekali lagi berdebar laju.

              “Humairah, Along kau dah pergi menghadap Nya, Pak Usu harap kau tabah menghadapinya.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Pak Usu. Kepalaku pitam dan aku merasakan dunia ini seperti berpusing kemudian…

                Aku seolah baru tersedar dari tidur, dan aku dapat merasakan aku berada didalam bilikku. Aku terdengar keriuahan suara dan esak tangisan manusia. Aku menjenguk ke ruang tamu dan aku terus meraung seperti manusia hilang akal apabila melihat sekujur badan yang telahpun siap dikapankan. Aku memeluk tubuh kaku Along yang selama ini menjadi insan yang paling aku benci, aku mencium dahinya yang sejuk seperti salji itu, kemudian aku ditarik oleh beberapa orang sepupuku.

                Kini hampir seminggu Along meninggalkan kami, kelakuan ibu berubah dari seorang perempuan yang peramah kepada seorang yang agak pendiam. Aku pula seolah-olah rindukan sakatan Along. Rumah kami sunyi tanpa Along dan kehidupan aku juga sunyi tanpa gurauan Along. Segala pesanan Along masih lagi berlegar-legar di ruang minda aku. “Along, jika hari ini kau masih hidup, aku akan melayan segala gurauan Along. Selamat tinggal Alongku…Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan